karya: Siti Zulaikha binti Abdullah Pahang merupakan negeri yang kaya dengan khazanah bumi dari segi flora dan fauna. Di sini juga adalah destinasi utama untuk para pelancong tidak kira dalam mahupun luar untuk menikmati keindahan dunia. Terdapat beberapa lokasi utama yang menjadi pilihan dan wajib dikunjungi antaranya Taman Negara, Cameron Highland, Bukit Tinggi, dan banyak lagi. Selain itu juga, keindahan alam sekitar yang masih terjaga ini menjadi daya tarikan utama untuk datang ke Pahang samaada untuk melancong, beriadah bersama keluarga, lawatan sekolah, pasangan yang ingin berbulan madu dan pelbagai lagi tidak kira apa pun tujuan. Oleh hal demikian, pada tahun 2017, kerajaan telah melancarkan “Visit Pahang” untuk menarik lebih ramai lagi kehadiran pelancong. Namun, tempat menarik sahaja tidak lengkap sekiranya tiada makanan yang menarik di sesebuah kawasan dan pasti merupakan tujuan kedua selepas melancong ke sini. Seperti yang diketahui, Pahang kaya dengan makanan ya...