IKAN PATIN MASAK TEMPOYAK SIMBOLIK NEGERI PAHANG

karya: Siti Zulaikha binti Abdullah



Pahang merupakan negeri yang kaya dengan khazanah bumi dari segi flora dan fauna. Di sini juga adalah destinasi utama untuk para pelancong tidak kira dalam mahupun luar untuk menikmati keindahan dunia. Terdapat beberapa lokasi utama yang menjadi pilihan dan wajib dikunjungi antaranya Taman Negara, Cameron Highland, Bukit Tinggi, dan banyak lagi. Selain itu juga, keindahan alam sekitar yang masih terjaga ini menjadi daya tarikan utama untuk datang ke Pahang samaada untuk melancong, beriadah bersama keluarga, lawatan sekolah, pasangan yang ingin berbulan madu dan pelbagai lagi tidak kira apa pun tujuan. Oleh hal demikian, pada tahun 2017, kerajaan telah melancarkan “Visit Pahang” untuk menarik lebih ramai lagi kehadiran pelancong.

Namun, tempat menarik sahaja tidak lengkap sekiranya tiada makanan yang menarik di sesebuah kawasan dan pasti merupakan tujuan kedua selepas melancong ke sini. Seperti yang diketahui, Pahang kaya dengan makanan yang unik dan merupakan tempat yang sesuai buat pencinta makanan yang mencari keenakan serta menepati cita rasa mereka. Tidak lengkap sekiranya para pengunjung yang datang ke Pahang tidak mengunjungi sebuah kawasan yang dinamakan Temerloh. Temerloh adalah sebuah bandar di tengah-tengah negeri Pahang dan bersebelahan dengan sungai terpanjang di dalam peta Malaysia. Keadaan geografi ini menjadikan Temerloh berkembang dengan pantas.

Antara perkara yang menarik di sini adalah makanannya. Rata-rata pengunjung yang hadir pastinya ingin menikmati Ikan Patin Masak Tempoyak. Makanan ini tidak asing lagi dikalangan masyarakat namun ia tidak telan dek zaman akan kerana rasa keenakan yang tersendiri. Masakan ini hanya terkenal di Temerloh dan ia telah menjadi simbolik sejak turun-temurun. Tambahan pula, penjual mampu mendapatkan bekalan ikan patin setiap hari kerana bersebelahan dengan sungai dan para pengunjung tidak perlu risau untuk menikmati juadah ini pada bila-bila masa.

Antara kedai makan yang sangat terkenal di kawasan tersebut adalah Restoran Gobang Maju. Restoran ini yang terletak di bandar temerloh beroperasi enam hari seminggu dan menyediakan pelbagai jenis juadah merupakan kubu makanan bagi setiap pengunjung. Menu utama di sini adalah Ikan Patin Masak Tempoyak. Menurut pemilik kedai tersebut, beliau tidak akan sesekali menukarkan menu kerana beliau percaya setiap pengunjung yang datang sebenarnya ingin merasai keenakan ikan patin tersebut. Tambahannya lagi, beliau sangat terharu kerana mempunyai pelanggan setia serta mempunyai pelanggan baru pada setiap hari. Ini menunjukkan masyarakat setempat sangat menggemari menu ini.

Antara ciri-ciri keunikan yang lain adalah kombinasi rasa pedas, masam dan masin yang disatukan pastinya menambat hati si perasa.   Selain itu, di sepanjang sungai Pahang tersebut terdapat penjual dan pembekal ikan patin kerana mereka mempunyai sangkar dan menjadi penternak ikan patin. Oleh itu, para pengunjung yang hadir boleh mendapatkan ikan patin yang masih segar dengan harga yang berpatutan.

Utusan Online pada 29 Januari 2012 juga menceritakan mengenai “Penangan Ikan Patin”. Menurutnya, “ikan patin juga boleh digoreng, masak gulai tempoyak, singgang atau dibakar. Namun, jika dibuat gulai tempoyak sangat enak kerana ia sangat berlemak. Populariti hidangan ini boleh dibuktikan apabila hampir di kebanyakan tempat menjamu selera dari warung tepi jalan hinggalah ke hotel bertaraf bintang.”

Keenakan dan kelembutan isinya ditambah keaslian resepi menjadikanikan patin produk yang mempunyai nilai pasaran cukup tinggi sehingga dikormesialkan melalui penternakan secara dalam sangkar dan kolam bagi menampung permintaan pasaran. Namun bagi penggemar ikan patin soal harga bukan masalah kerana ia membuatkan mereka berpuas hati.

Bagi yang bukan penggemar ikan sungai pula, mereka pasti akan kagum setelah merasai keenakan hidangan ini. Ini menunjukkan setiap golongan dan  masyarakat suka hidangan ini walaupun ia berasaskan citara masyarakat melayu kampung. 

Comments

Popular posts from this blog

PERLIS: Hidangan Tradisi

MAKANAN TRADISI MASYARAKAT BRUNEI

MAKANAN DARI SABAH DAN SARAWAK