MAKANAN TRADISI MASYARAKAT BRUNEI
KARYA NURHIDAYU BINTI OTHMAN
Bercerita tentang makanan tradisional Brunei, sudah tentu imej Ambuyat berlegar-legar dikepala majoriti penduduk Brunei dan digemari ramai. Menetap di Brunei Darussalam sahaja tidak lengkap tanpa menikmati masakan tradisi utama dan kegemaran rakyat Brunei iaitu "AMBUYAT".
Bercerita tentang makanan tradisional Brunei, sudah tentu imej Ambuyat berlegar-legar dikepala majoriti penduduk Brunei dan digemari ramai. Menetap di Brunei Darussalam sahaja tidak lengkap tanpa menikmati masakan tradisi utama dan kegemaran rakyat Brunei iaitu "AMBUYAT".
Ambuyat adalah
makanan berupa bubur kanji yang diperbuat daripada sagu atau Ambulung dalam Bahasa Melayu Brunei.
Setelah Ambuyat dihidangkan, haruslah dimakan dengan segera dalam keadaan yang
masih panas sebelum menjadi kenyal dan sejuk. Oleh kerana Ambuyat berfungsi
sebagaimana nasi dan tidak berperasa maka pembuatannya perlulah disertakan
dengan Cacah.
"Cacah" adalah sambal cair yang dimakan bersama Ambuyat. Rasanya yang masam,
sedikit pedas dan sangat enak. Di samping itu, Ambuyat juga dihidangkan dengan
hampir 15 jenis lauk-pauk. Antaranya ialah Sayatan mangga mentah, ikan masak antap (ikan masin
panggang), ikan masin lemak, gulaian pucuk rebung masak lemak, dadah tahai masak api (ikan diasap
bumbu bercili), ulam-ulaman (lalapan),
sambal belacan/terasi, cencaluk (udang
diawetkan), cacah binjai (sos
buah binjai), dan daging lalap.
|
kebiasaannya Ambuyat
dinikmati menggunakan candas yang berbentuk seperti garfu yang diperbuat
daripada buluh. Di sini juga disertakan sekali resipi masakan Ambuyat dan Cacah
bagi mereka yang ingin mencubanya tanpa perlu ke Brunei semata-mata untuk
menikmatinya.
RESEPI
AMBUYAT DAN CACAH
BAHAN-BAHAN:
500 gram sagu halus/Ambulung
500 ml air panas mendidih
250 gram buah binjai kering
250 gram tempoyak
8 tangkai cili padi (ditumbuk)
1 sudu makan pes udang hitam
2 biji limau nipis (diperah)
1 sudu garam
1 sudu gula pasir
CARA
MEMBUATNYA:
1) Campurkan sagu / Ambulung bersama air yang
mendidih dan kacau hingga rata.
2) Tambahkan air sedikit demi
sedikit hingga warnanya menjadi putih yang keruh selama 10 minit.
3) Celupkan garpu dan apabila
ia melekat, siap untuk dihidangkan.
4) Campurkan buah binjai
kering, tempoyak, cili padi yang ditumbuk, pes udang, limau nipis dan gaul
sehingga sebati.
5) Tambahkan gula dan garam
sesedap rasa dan siap untuk dihidangkan.
|
Hi. I'm currently researching ambuyat for a project. I'd like to know more about the recipe you've posted!
ReplyDelete