PERLIS: Hidangan Tradisi
Karya: Wan Nadzatul Fitri binti Mior Abdul Khalil
Negeri
Perlis merupakan negeri yang terkecil di Malaysia. Ia terletak di utara
Semenanjung Malaysia dan bersempadan dengan provinsi Satun dan Songkhla, Thailand
dan Kedah di sebelah selatan. Tidak dinafikan, negeri yang berkedudukan paling
hujung di Malaysia ini mempunyai pelbagai juadah yang menarik terutamanya
juadah tradisional. Malah, ada masyarakat luar yang amat mendambakan
juadah-juadah daripada Perlis ini.
PULUT HARUM MANIS
Perlis
sememangnya popular dengan buah manga atau ‘mempelam’ lagi-lagi mempelam harum
manis yang menjadi kegilaan peminat buah manga bila tiba musimnya. Di perlis
juga amat mudah untuk kita dapatkan beras pulut berkualiti dari Thailand. Jadi
tidak hairanlah bila orang Perlis makan pulut dengan mempelam. Memang kombinasi
rasa yang menarik bila rasa lemak manis pulut santan bercampur dengan rasa
manis buah yang pasti menyebabkan tidak cukup untuk makan sekali.
JERUK MAMAN
Pokok
maman atau nama saintifiknya Cleome Gynadra merupakan tumbuhan renek yang boleh
dijumpai hidup di kawasan berpasir dan tanah lapang.
Kebiasaannya pucuk atau atau daun muda dibuat jeruk sebagai pembuka selera. Air
jeruknya menjadi cicah ikan bakar dan makanan yang lain. Bahan asas penyediaan
sajian tradisi ini ialah pucuk atau daun muda maman, nsi putih, garam dan air
secukupnya.
MENTARANG BAKAR
Mentarang atau nama saintifiknya
Pholas Orientalis adalah spesies hidupan laut yang bercengkerang nipis, dan
biasanya gemar berada di air bersuhu rendah. Ia biasanya muncul di pantai
berselut lebih kurang 2 kilometer dari tepi pantai. Penggemar mentarang
biasanya keluar mencari mentarang pada waktu air surut, biasanya di sebelah
pagi. Pada musim mentarang sekarang ini, rata-rata penggemar mentarang mendapat hasil yang sangat lumayan,
ada yang mendapat 30 kilogram dalam tempoh mencari kira-kira 2 jam. Isi
mentarang yang manis menjadikan ia digemari ramai.
EMPING ATAU RINGGI
Rinngi atau emping nama bagi
makanan tradisi di negeri Perlis. Bahan yang digunakan ialah padi pulut muda
yang ditumbuk sehingga nipis dan di jemur hingga kering. Emping ini akan dapat
dirasai sekali setahun sahaja iaitu pada musim timur. Ringgi atau emping yang
siap dibuat akan dimakan bersama isi kelapa yang sudah diparut dan juga gula.
NASI ULAM
Nasi ulam iaitu nasi yang dicampur
dengan beberapa jenis daun merupakan makanan tradisi penduduk Perlis. Beberapa
jenis tumbuhan seperti mengkudu, putat, sekentut, cemumar, selom dan mentalon
diambil pucuknya dihiris halus-halus dan digaul dengan nasi. Lada dan ikan
kering yang dilumatkan dan dicampur bersama bagi menambahkan kelazatan nasi
tersebut. Rasanya bercampur-campur, pahit-pahit lemak dan pedas begitu enak
bila dimakan dan membuka selera.
Comments
Post a Comment