MAKANAN DARI SABAH DAN SARAWAK

Karya: Amin Nur Amzad bin Saidi

Tanggal 16 September merupakan hari yang amat bermakna bagi semua rakyat Malaysia, ia merupakan hari di mana termeterainya Malaysia yang mengabungkan semanjung Malaysia dengan sabah dan sarawak. Gabungan ini merupakan salah satu peristiwa yang membawa impak yang sangat besar kepada tanah Melayu kerana ia bukan sekadar menukar nama tanah melayu kepada Malaysia malahan gabungan ini telah menyebabkan pertembungan pelbagai budaya berlaku.

Disini kami ingin berkongsi sedikit sebanyak 5 makanan unik dan paling jarang didengari di semenanjung dan hanya terdapat di Sabah dan Sarawak. Antaranya ialah:

1)      Hinava

Hinava atau Hinava Ginapan merupakan salah satu hidangan tradisional istimewa bagi suku kaum Kadazan-Dusun, Sabah dan boleh dikatakan sebagai makanan yang paling popular dalam kalangan kaum Kadazan-Dusun.
Bahan-bahan
·         Ikan Tenggiri ( Sederhana)
·         6 Ulas Bawang Merah (dihiris)
·         2 Ulas Bawang Putih (dihiris)
·         3-4 Biji Limau Kapas (Ambil jusnya)
·         Sedikit garam, serbuk perasa, Halia
Cara-cara
1. Ikan Tenggiri dibersihkan terlebih dahulu, kemudian dicincang hingga lumat.
2. Tuangkan sedikit air panas ke atas isi ikan tersebut selama 1 minit dan toskan.
3. Semua bahan yang telah dihiris halus tadi digaulkan bersama dengan isi ikan.
4. Kemudian dicampur dengan jus limau kapas.

2)      Ambuyat
Ambuyat merupakan sejenis hidangan yang berasal dari bahagian batang dalam sagu sawit. Ambuyat ialah sejenis makanan tempatan di Labuan dan negeri-negeri Borneo seperti Sarawak dan Sabah di mana makanan ini kadangkala dikenali sebagai linut.
Bahan-bahan
·         1 kg (6 cawan) sagu rumbia
·         Air panas yang baru dimasak
·         1 liter (4 cawan) air
Cara-cara
·         Sagu dicampur dengan 4 cawan air dan mendapkan selama 10 minit.
·         Tuang air dan masukkan sagu ke dalam bekas yang tahan air panas.
·         Bancuh sagu dengan air panas yang baru mendidih.
·         Kacau hingga sebati dan masak sehingga sagu kelihatan jernih dan likat (seperti gam. Ini menandakan sagu itu telah masak).

3)      Kolok Mee

Mee kolok juga merupakan mee yang popular di Sarawak dan semakin popular di Semenanjung Malaysia. Mee kolok banyak terdapat di kedai makanan Melayu dan Cina. Mee kolok terdapat dalam dua jenis iaitu mee kolok putih dan mee kolok kicap. Selain dikenali sebagai mee kolok, ia juga dikenali sebagai mee kampua, mee rangkai dan mee kering.

Bahan-bahan
·         Mee Sanggul – 3,4 Gulung
·         Perencah Sup – 1 Sudu Besar
·         Daging Lembu – 100gm
·         Bawang Putih – 5 Ulas (dicincang)
·         Cili Api – 8 Biji
·         Serbuk Lada Hitam – 1 Sudu Kecil
·         Minyak masak – 4 Sudu Besar
·         Kicap Manis – 5 Sudu Kecil
·         Kicp Pekat – 1 Sudu Kecil
·         Limau Kasturi – 2 Biji (ambil jusnya)
·         Sos Ikan / Sos Soya – 1 Sudu Kecil
·         Cuka – 1 Sudu Kecil
·         Daun Bawang & Daun Sup (dihiris)
·         Air Secukupnya
·         Garam Secukup Rasa
Cara memasak
·         Rebus daging bersama perencah sup, garam dan air secukupnya. Rebus sampai empuk.
·         Setelah masak, toskan daging dan hiriskan nipis-nipis.
·         Ketepikan kuah/supnya (boleh panaskan semula dan tambahkan sedikit air jika berkur Rebuskan mee bersama sedikit garam sehingga lembut (40 saat). Keluarkan dan toskan.
·         Panaskan 2 sudu besar minyak masak dalam kuali. Goreng bawang putih sehingga garing. Keluarkan.
·         Masukkan pula mee yang telah ditoskan ke dalam kuali dan goreng sebentar menggunakan minyak bekas bawang tadi.
·         Perasakan dengan cuka, sos ikan / sos soya dan sedikit garam. Keluarkan dan ketepikan.
·         Di dalam kuali yg sama, panaskan 2 sudu besar minyak masak dan goreng daging yang telah dihiris tadi.
·         Masukkan kicap pekat, 1/2 sudu besar kicap manis, serbuk lada hitam dan secubit garam. Keluarkan.angan)

4)      Umai
Umai pula merupakan makanan yang berasal dari kaum Melanau di Sarawak. Semua penduduk sarawak yang berbagai kaum menggemari umai. Ianya disediakan dari ikan yang mentah. Ikan mentah dibersihkan dan diambil isinya dipotong kecil-kecil seterusnya diperap bersama limau, bawang merah dan cili.
Bahan-bahan
·         100g isi kan-hiris halus/kecil
·         1 inci halia
·         Cili merah+cili padi(buh ikut tahap kepedasan masing2-pedas lagi best
·         2 ulas bawang merah-hiris
·         6 biji limau kasturi(atau secukupnya)
·         Garam dan perasa/gula secukupnya
·         *Boleh tambah bawang besar yang dihiris jika suka
Cara-cara
·         Cili dan halia ditumbuk agak lumat. Kalau nak lebihkan halia pun boleh,tinggalkan sedikit untuk dihiris halus..
·         Gaul semua bahan bersama ikan. Biarkan seketika sehingga ikan mengeluarkan jusnya dan bertukar berwarna putih. Sedia untuk dihidangkan bersama sagu atau nasi.
·         Tambahkan hirisan cili dan limau kasturi untuk rasa yang lebih enak.


 5)      Latok

Latok merupakan salah satu makanan tradisional yang terdapat di Sabah. Ia merupakan makanan tradisional bagi suku kaum bajau laut di Sabah. Latok merupakan sejenis makanan dari jenis rumpai laut dan ianya sangat popular dari kalangan suku kaum bajau laut.
Cara-cara
·         1 mangkuk rumpai laut -  siram dengan air dan toskan segera, buangkan tangkai- rumpai laut tidak boleh direndam atau masuk dalam peti sejuk, sebab akan menjadi cair, jadi sebaik sahaja dibeli dari pasar, jangan tunggu lama untuk memakannya
·         1 biji mangga - sebaiknya mangga muda - cincang
·         10 biji cili padi - hiris
·         1 labu bawang besar - mayang
·         1cm belacan - hancurkan
·         2 biji limau kasturi - perah jusnya
·         garam /gula /perasa - pilihan jika suka
Cara-cara
·         Gaulkan kesemua bahan di dalam sebuah bekas
·         Perahkan jus limau kasturi
·         Hidangkan segera dan enak dimakan bersama ikan bakar.


Comments

Popular posts from this blog

PERLIS: Hidangan Tradisi

MAKANAN TRADISI MASYARAKAT BRUNEI