MAKANAN TRADISI MASYARAKAT BRUNEI
KARYA NURHIDAYU BINTI OTHMAN Bercerita tentang makanan tradisional Brunei, sudah tentu imej Ambuyat berlegar-legar dikepala majoriti penduduk Brunei dan digemari ramai. Menetap di Brunei Darussalam sahaja tidak lengkap tanpa menikmati masakan tradisi utama dan kegemaran rakyat Brunei iaitu "AMBUYAT". Ambuyat adalah makanan berupa bubur kanji yang diperbuat daripada sagu atau Ambulung dalam Bahasa Melayu Brunei. Setelah Ambuyat dihidangkan, haruslah dimakan dengan segera dalam keadaan yang masih panas sebelum menjadi kenyal dan sejuk. Oleh kerana Ambuyat berfungsi sebagaimana nasi dan tidak berperasa maka pembuatannya perlulah disertakan dengan Cacah. "Cacah" adalah sambal cair yang dimakan bersama Ambuyat. Rasanya yang masam, sedikit pedas dan sangat enak. Di samping itu, Ambuyat juga dihidangkan dengan hampir 15 jenis lauk-pauk. Antaranya ialah Sayatan mangga mentah, ikan masak antap (ikan masin panggang), ikan masin lemak, gulaian pucuk rebung mas...

Comments
Post a Comment