DARI DAPUR PELAJAR: AKIBAT DI EJEK OLEH ABANG, KINI SYAFIKAH SEMAKIN MAHIR MEMASAK

KARYA: NURAIN FARA AISYAH BINTI MOHD NIDZAL



Sungguhpun berjauhan dari keluarga, ia sedikit pun tidak menjejaskan pemilik nama sebenar Nor Shafikah Samsuri atau lebih dikenali dengan nama Ika untuk meneruskan pelajarannya di Kolej Teknologi Alpha, Seremban 2, Negeri Sembilan dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan.

Gadis berusia 22 tahun ini dilahirkan di Felda Ulu Jengka, Pahang Darul Makmur. Dikelilingi dengan 3 orang abang dan seorang kakak menjadikannya seorang yang manja dalam keluarga. Sebaik sahaja selesai penggambaran, kami berbual panjang yang berkaitan dengan kehidupannya sebagai seorang pelajar yang menjadi tonggak utama dalam keluarga dan bagaimana gadis manis ini begitu mahir di dapur bagi menyediakan hidangan.

Riak wajah yang ceria Syafikah berkongsi cerita. Menurut Syafikah, dia mula berjinak-jinak masuk ke dapur ketika usianya 12 tahun dan ketika itu masakan pertamanya adalah Ikan Keli Berlada yang hanya memasak berdasarkan pengalaman membantu mamanya, Ainon Binti Haji Nor memasak didapur. Saat yang paling beliau tidak dapat lupakan adalah apabila beliau teruk di ejek oleh kakak dan abangnya akibat masakannya ketika itu tidak menjadi.

“Seawal umur 9 tahun saya telah diajar oleh mama untuk membantunya didapur. Pada awalnya mama memberikan saya kerja yang mudah seperti mengupas bawang, membawa bahan-bahan memasak dari peti sejuk kepadanya dan banyak lagi. Kemudian mama memperkenalkan beberapa bahan kepada saya sebelum dimasukkan ke dalam masakan. Saya masih ingat lagi, masakan pertama saya ketika itu adalah Ikan Keli Berlada namun ia tidak begitu menjadi. Saya teruk di ejek oleh abang dan kakak saya sehingga saya menangis. Namun kerana ejekan mereka itulah menjadikan saya berazam untuk terus belajar memasak dengan mama sehingga saya mahir.”

“Berdasarkan pengalaman itulah yang menjadikan saya semakin dekat dengan memasak, Alhamdulillah kini saya tidak perlu menyusahkan mama untuk memasak untuk kami sekeluarga dan dengan kemahiran yang saya punya ini jugalah saya praktikkan apabila telah menyambung pengajian di kolej dan sering menyediakan pelbagai hidangan apabila mempunyai masa yang terluang,” ceritanya. 


GOTONG-ROYONG 
BERSAMA RAKAN

Pada hujung minggu, telah menjadi kebiasaan bagi Syafikah bersama empat lagi rakan sebiliknya, Atikah Kamsani, Atikah Radzi, Nurul Syuhada dan Nurain untuk menyediakan makanan istimewa untuk mereka berlima.
“Aktiviti memasak bersama rakan sebilik adalah aktiviti yang paling bermakna buat saya. Pada ketika itulah kami berkumpul dengan bertukar-tukar petua, resepi, bercerita perihal pembelajaran dan bergotong royong menyediakan makanan. Sudah pasti suasana riuh apabila lima kepala berada didapur dengan pelbagai karakter yang tersendiri. Namun itu bukan penghalang buat kami untuk terus akrab.”
“Saya juga akan memasak dan mengajak kawan-kawan untuk makan bersama kami. Kadang-kala saya juga diminta oleh kawan-kawan untuk menyediakan beberapa jenis masakan dan mereka begitu gembira sekali apabila menikmatinya. Hal itu juga menjadikan saya ingin terus memperbaiki kemahiran memasak saya bagi memenuhi permintaan kawan-kawan,” terang Syafikah yang sentiasa mengingati momen-momen indah bersama rakan-rakannya.
Sempena edisi Dari Dapur Pelajar ini, Syafikah dengan rela hati berkongsi resepi Speggeti Carbonara khas untuk pembaca tegar Kembara Juadah. Penulis sempat merasai Spegeti Carbonara  khas Syafikah dan tidak dinafikan ianya cukup sedap. Jadi, mari kita lihat bahan-bahan yang diperlukan dan cara penyediaan Spegeti Carbonara.


RESEPI SPEGETI CARBONARA
BAHAN-BAHAN

Minyak
Spegeti
Bawang besar (dipotong dadu)
Bawang putih (dipotong dadu)
Lada hitam
Susu segar
Satu tin sos speggeti berkrim carbonara cendawan
4-5 batang sosej (dipotong nipis dan bulat-bulat)
Air dan garam secukup rasa

CARA MEMBUATNYA
11)      Rebuskan spegeti di dalam air yang cukup panas. Masukkan sedikit garam dan juga sedikit minyak. Apabila telah mengembang, toskan.
22)      Panaskan sedikit minyak dan masukkan bawang besar dan bawang putih yang telah dipotong dadu. Tumis sehingga naik bau dan sedikit kekuningan.
33)      Masukkan sosej yang telah dipotong nipis dan bulat-bulat. Gaulkan agar ia sebati.
44)      Masukkan sos speggeti berkrim carbonara cendawan dan sedikit air.
55)      Masukkan susu segar, garam dan serbuk lada hitam secukup rasa. Dan siap.



Comments

Popular posts from this blog

MAKANAN TRADISI MASYARAKAT BRUNEI

PERLIS: Hidangan Tradisi

IKAN PATIN MASAK TEMPOYAK SIMBOLIK NEGERI PAHANG