PERLIS: Hidangan Tradisi
Karya: Wan Nadzatul Fitri binti Mior Abdul Khalil Negeri Perlis merupakan negeri yang terkecil di Malaysia. Ia terletak di utara Semenanjung Malaysia dan bersempadan dengan provinsi Satun dan Songkhla, Thailand dan Kedah di sebelah selatan. Tidak dinafikan, negeri yang berkedudukan paling hujung di Malaysia ini mempunyai pelbagai juadah yang menarik terutamanya juadah tradisional. Malah, ada masyarakat luar yang amat mendambakan juadah-juadah daripada Perlis ini. PULUT HARUM MANIS Perlis sememangnya popular dengan buah manga atau ‘mempelam’ lagi-lagi mempelam harum manis yang menjadi kegilaan peminat buah manga bila tiba musimnya. Di perlis juga amat mudah untuk kita dapatkan beras pulut berkualiti dari Thailand. Jadi tidak hairanlah bila orang Perlis makan pulut dengan mempelam. Memang kombinasi rasa yang menarik bila rasa lemak manis pulut santan bercampur dengan rasa manis buah yang pasti menyebabkan tidak cukup untuk makan sekali. JERUK MAMAN Pokok ma
Comments
Post a Comment