KULINER DARI JAWA
KARYA: Ainah Rashidah binti Hasan
Pelbagai
jenis makanan yang akan diperkenalkan dan mungkin ramai padanya tidak tahu
bahawa banyak lagi makanan orang jawa. Terdapat pelbagai jenis makanan jawa
yang terkenal di Malaysia. Antara makanan yang paling popular ialah, nasi
ambeng, pecal, tempe, ungkep, tempeyek dan sambal goreng jawa. Jika masyarakat
di Johor, makanan paling digemari ialah nasi ambeng yang pada kebiasaannya nasi
ini akan selalu dijumpai pada majlis keramaian seperti masjlis kesyukuran dan
cukur jambul.
Makanan tradisi ini merupakan lambang
sesuatu budaya yang patut dihargai terutamanya bagi golongan muda yang bakal
mewarisi budaya-budaya seperti ini. Nasi ambeng ini mempunyai keunikannya yang
tersendiri iaitu, nasi ini dimakan didalam dulang yang beralaskan daun pisang
dan kebiasaannya di kongsi bersama empat atau lima orang tetamu. Hal ini adalah
untuk mengeratkan hubungan silaturrahim antara tetamu yang bertandang. Dalam
satu dulang ini mempunyai nasi, ayam, mee, tahu kering, ikan masin, kacang, serunding
dan tempe.
Selain makanan seperti nasi ambeng
ini, masyarakat jawa juga mempunyai kuih muih tradisionalnya yang tersendiri. Kuih
yang biasa dijumpai ialah tempeyek yang biasanya ditemui apabila bertandang ke
rumah sanak saudara semasa perayaan aidilfitri atau aidiladha. Kerangupannya
menjadikan kita ketagih untuk menjamahnya lagi. Selain daripada itu kuih
tradisional jawa ialah wajik yang diperbuat daripada beras pulut dan gula
Melaka. Namun begitu, kuih ini sudah jarang untuk ditemui.
Hal
ini demikian kerana, teknik pembuatannya yang amat rumit menjadikannya sukar
untuk diperolehi. Pada kebiasaannya, kuih ini sering dibuat secara bergotong
royong jika ada majlis keramaian di kampung. Satu perkara yang menarik tentang orang jawa
ialah, mereka lebih suka melakukan kerj secara bersama-sama atau dalam erti
kata yang lain, leboh suka bergotong royong agar dapat menaikkan suasana
disamping dapat mengeratkan hubungan silaturrahim.
Hidangan
seterusnya ialah sambal goreng jawa yang sangat popular dalam masyarakat Jawa
dan Melayu. Sambal goreng masyarakat jawa ini lazimnya bukan dihidangkan
mengikut suka hati. Sambal goreng ini lazimnya selalu dijumpai pada majlis
kenduri yasin, kenduri tahlil (dimakan bersama nasi ambeng), hari raya dan
majlis cukur jambul. Boleh dikatakan ianya adalah hidangan eksklusif pada
setiap majlis keramaian. Makanan jawa yang seterusnya ialah tempe. Tempe ini
boleh disediakan dalam pelbagai variasi, dalam hidangan sambal goreng jawa juga
tempe menjadi salah satu bahan utama, jika tiada tempe maka tidak lengkaplah
hidangan sambal goreng jawa. Tempe ini juga amat sedap jika dihidangakan secara
goreng dan dicicah bersama dengan sambal kicap. Kerangupannya menjadikan anda
sering terbayang-bayang dengan keenakannya juga. Tempe ini diperbuat daripada
kacang soya yang mempunyai khasiatnya yang tersendiri. Terdapat juga pelbagai
cara gorengan tempe ini, contohnya tempe goreng biasa, tempe goreng ketumbar,
tempe goreng masin dan tempe goreng bawang putih.
Terdapat
pelbagai lagi makanan masyarakat jawa yang pastinya akan menggiurkan anda
semua. Masyarakt jawa juga terkenal dengan sifatnya yang pemurah dan sering
menghidangkan maknan kepada tetamunya sebagai menghargai kedatangan mereka. Oleh
sebb itulah mereka kaya dengan santapan tradisionalnya.
Comments
Post a Comment