“Masok Lomak Lado Api” Pemikat Selera Orang Nogori.

KARYA: Mohd Azrull bin Johari

Masak Lemak Cili Padi atau dikenali dengan  “ Masok Lomak Lado Api” 
dikalangan orang Melayu Negeri Sembilan.

Tidak ada yang lama maka tidak adalah yang baharu. Ungkapan sebegitu kedengaran cukup mudah, hakikatnya untuk mengekal dan mempertahankan sesuatu yang lama agar tidak dihakis oleh yang baharu memang sesuatu yang sukar. Pada hari ini, begitulah nasib yang dialami oleh sesetengah makanan tradisi Melayu yang jika ditanya pada generasi kini akan membuatkan mereka terpinga-pinga kerana tidak pernah mendengar nama jauh sekali melihatnya. Setiap negeri di Malaysia mempunyai pelbagai jenis maknan tradisi mereka yang mencerminkan indentiti serta keunikan negeri mereka.
Jika di kita ada Penang Nasi Kandarnya, Kelantan pula dengan Nasi Dagangnya dan tak kurang juga Negeri Sembilan yang mempunyai masakan tradisinya yang tersendiri. Masakan tradisi di Negeri Sembilan kebanyakkannya dipengaruhi oleh tradisi dari Minangkabau dan ia diwarisi dari turun temurun sehingga kini. Masakan yang popular di Negeri Sembilan ialah Masak Lemak Cili Padi atau orang-orang di Negeri Sembilan memanggilnya dengan “Masok Lomak Lado Api”. Masakan ini menjadi lambang masakan tradisi orang melayu di Negeri Sembilan. Orang Melayu Negeri Sembilan biasanya memasaknya dengan ikan Keli, Siput Sedut, Ayam dan Daging.  
Masakan tradisi orang Melayu Negeri Sembilan memikat selera perasanya dengan kepekatan kuah dan kepedasan masak lemak cili padi yang mampu membuatkan orang ramai ingin merasai lebih lagi keenakan masakan tersebut. Masakan Lemak Cili Padi ini dimasak dengan mengunakan santan sebagai bahan utama yang membuatkan kuah tersebut menjadi lemak dan menjadi tarikan utama pelanggan.
Maka dengan itu, tidak hairanlah jika orang luar yang datang ke Negeri Sembilan jatuh cinta dengan masakan popular di negeri ini kerana keunikkan masakan ini dipengaruhi oleh masakan Minangkabau.

Comments

Popular posts from this blog

PERLIS: Hidangan Tradisi

MAKANAN TRADISI MASYARAKAT BRUNEI

MAKANAN DARI SABAH DAN SARAWAK