Posts

iklan dari sufi

Image

IKLAN DARI HIDAYU

Image

PERLIS: Hidangan Tradisi

Image
Karya: Wan Nadzatul Fitri binti Mior Abdul Khalil Negeri Perlis merupakan negeri yang terkecil di Malaysia. Ia terletak di utara Semenanjung Malaysia dan bersempadan dengan provinsi Satun dan Songkhla, Thailand dan Kedah di sebelah selatan. Tidak dinafikan, negeri yang berkedudukan paling hujung di Malaysia ini mempunyai pelbagai juadah yang menarik terutamanya juadah tradisional. Malah, ada masyarakat luar yang amat mendambakan juadah-juadah daripada Perlis ini.  PULUT HARUM MANIS  Perlis sememangnya popular dengan buah manga atau ‘mempelam’ lagi-lagi mempelam harum manis yang menjadi kegilaan peminat buah manga bila tiba musimnya. Di perlis juga amat mudah untuk kita dapatkan beras pulut berkualiti dari Thailand. Jadi tidak hairanlah bila orang Perlis makan pulut dengan mempelam. Memang kombinasi rasa yang menarik bila rasa lemak manis pulut santan bercampur dengan rasa manis buah yang pasti menyebabkan tidak cukup untuk makan sekali. JERUK MAMAN Pokok ma

iklan dari Ain

Image

“Masok Lomak Lado Api” Pemikat Selera Orang Nogori.

Image
KARYA: Mohd Azrull bin Johari Masak Lemak Cili Padi atau dikenali dengan  “ Masok Lomak Lado Api”  dikalangan orang Melayu Negeri Sembilan. Tidak ada yang lama maka tidak adalah yang baharu. Ungkapan sebegitu kedengaran cukup mudah, hakikatnya untuk mengekal dan mempertahankan sesuatu yang lama agar tidak dihakis oleh yang baharu memang sesuatu yang sukar. Pada hari ini, begitulah nasib yang dialami oleh sesetengah makanan tradisi Melayu yang jika ditanya pada generasi kini akan membuatkan mereka terpinga-pinga kerana tidak pernah mendengar nama jauh sekali melihatnya. Setiap negeri di Malaysia mempunyai pelbagai jenis maknan tradisi mereka yang mencerminkan indentiti serta keunikan negeri mereka. Jika di kita ada Penang Nasi Kandarnya, Kelantan pula dengan Nasi Dagangnya dan tak kurang juga Negeri Sembilan yang mempunyai masakan tradisinya yang tersendiri. Masakan tradisi di Negeri Sembilan kebanyakkannya dipengaruhi oleh tradisi dari Minangkabau dan ia diwarisi dari t

MAKANAN DARI SABAH DAN SARAWAK

Image
Karya: Amin Nur Amzad bin Saidi Tanggal 16 September merupakan hari yang amat bermakna bagi semua rakyat Malaysia, ia merupakan hari di mana termeterainya Malaysia yang mengabungkan semanjung Malaysia dengan sabah dan sarawak. Gabungan ini merupakan salah satu peristiwa yang membawa impak yang sangat besar kepada tanah Melayu kerana ia bukan sekadar menukar nama tanah melayu kepada Malaysia malahan gabungan ini telah menyebabkan pertembungan pelbagai budaya berlaku. Disini kami ingin berkongsi sedikit sebanyak 5 makanan unik dan paling jarang didengari di semenanjung dan hanya terdapat di Sabah dan Sarawak. Antaranya ialah: 1)       Hinava Hinava atau Hinava Ginapan merupakan salah satu hidangan tradisional istimewa bagi suku kaum Kadazan-Dusun, Sabah dan boleh dikatakan sebagai makanan yang paling popular dalam kalangan kaum Kadazan-Dusun. Bahan-bahan ·          Ikan Tenggiri ( Sederhana) ·          6 Ulas Bawang Merah (dihiris) ·          2 Ulas Bawang Putih